Langgan Berita Artis (Best viewed-'MOZILLA FIREFOX')
Dapatkan berita artis terkini terus ke emel anda. Sila daftar di sini (percuma).
Name
E-mail
Aug
4

DIRTY SEXY MON

adminHiburan

Di sebalik kemewahan dan kuasa tersembunyi suatu rahsia…

dirty_gal_cast1resized.jpg

Berlatar belakangkan gaya hidup mewah dan popular di kota New York, siri ini bermula dengan memperkenalkan Nick George (lakonan Peter Krause) yang hidup di sebalik bayangan kemewahan keluarga Darling.

Bekerja sebagai seorang peguam, kehidupannya berjalan lancar tetapi semuanya berubah apabila bapanya yang merupakan peguam peribadi keluarga Darling, mati secara misteri dalam sebuah kemalangan udara.

Selepas kematian bapanya, Darling meminta Nick untuk menjadi peguam peribadi mereka menggantikan tempat bapanya. Dia menerima tawaran itu kerana memikirkan keluarga Darling itu mungkin dapat mengubah hidupnya tetapi mula mencurigai segala urusan keluarga Darling tidak lama selepas itu.

Nick menyedari keputusan menerima tawaran pekerjaan tersebut merupakan satu kesilapan besar apabila dia diberitahu oleh pegawai polis yang menyiasat kejadian kapal terbang terhempas yang menyebabkan kematian bapanya itu, merupakan satu kes pembunuhan terancang.

Nick yang mula mengesyaki keluarga Darling mempunyai hubung kait dengan kematian bapanya, dia berazam untuk menyiasat aktiviti Darling secara rahsia dengan harapan kebenaran akan muncul.

{Baca Selanjutnya:}

Aug
3

Surgeon Bong Dal Hee

adminHiburan

Adakah Dal Hee mampu untuk melawan takdirnya..?

image002.jpgMengisahkan mengenai putaran kehidupan Dal Hee lakonan Lee Yo Won seorang doktor muda yang baru menamatkan pengajiannya di kolej perubatan yang tidak sehebat rakan-rakan sekerjanya yang lain. Lebih malang, dia mengalami masalah kesihatan sejak zaman kanak-kanaknya kerana mengalami masalah jantung. Walaubagaimanapun, takdir yang menimpanya sejak kecil membuatkan dirinya menjadi lebih tabah dalam mengharungi kehidupan demi menggapai impiannya untuk menjadi doktor yang membolehkannya mengubati pelbagai penyakit.

Kisah ini juga mengisarkan mengenai perjalanan kehidupannya yang sedang menjalani latihan praktikal untuk tahun pertama dan juga mengenai suka-duka, cabaran dan halangan yang terpaksa ditempuhnya sepanjang berada di situ.
Drama bersiri menyentuh hati ini juga menceritakan mengenai kesukaran, kematian, tekanan yang dialami oleh doktor–doktor muda ini dalam misi menyelamatkan pesakit-pesakit mereka dan dalam masa yang sama mengejar impian untuk menjadi doktor pakar. Drama ini juga yang menceritakan mengenai kisah cinta di antara empat doktor iaitu, Dal Hee sendiri, pakar kardiothoracic Ahn Joong Geun lakonan Lee Bum Soo, pakar surgeri am, Lee Geon Wook (Kim Min Joon), dan juga pakar pediatrik Jo Moon Kyung, dilakonkan oleh Oh Yoon Ah.

Dal Hee yang mempunyai semangat juang yang tinggi dalam merealisasikan impiannya untuk bergelar doktor, walaubagaimanapun terpaksa menghadapi pembedahan jantung pada tahun pertama latihan praktikalnya sekaligus meragut impian dan cita-citanya untuk menjadi doktor. Dia, dengan hati sedih telah pulang ke kampung halamannya dan bekerja di klinik tempatan tetapi tetap tidak dapat melupakan impiannya untuk bergelar doktor. Dengan sedikit harapan yang masih tersisa, dia cuba memohon untuk bekerja di Hospital Seoul dan hampir tidak percaya apabila permohonannya diluluskan walhal disitu mengalami kekurangan pemohon untuk bekerja di situ.

Akhirnya jua, dia berjaya meneruskan impiannya untuk bergelar doktor namun, dia yang selalu melakukan kesilapan-kesilapan kecil yang hampir membahayakan nyawa pesakitnya dan juga membahayakan kerjayanya walaupun telah berusaha secara gigih selama ini lebh daripada doktor-doktor yang lain. Setelah pelbagai halangan yang terpaksa ditempuhi selama ini, akhirnya dia berjaya jua menamatkan latihan praktikalnya selama tiga tahun dan menerima penghormatan daripada rakan-rakan sekerjanya.

Dalam pada itu, pakar jantung Ahn Joong Geun dan Doktor Lee Geon Wook yang bersaing sesama sendiri untuk menjadi ketua pakar surgeri tetapi dalam masa yang sama masing-masing telah jatuh hati terhadap Dal Hee. Oleh kerana terlalu kuat bekerja menyebabkan kesihatan Dal Hee menjadi bertambah teruk tetapi langsung tidak mahu mendengar nasihat doktor untuk berehat dan menjaga kesihatannya dan tetap mahu bekerja keras. Namun, dia akhirnya terpaksa akur dengan arahan doktor dan cuba untuk mengurangkan aktiviti kerjayanya dan mengambil masa untuk berehat namun disedari oleh Joong Geun Soon yang masih mahu menambahkan lagi tekanan terhadap Dal Hee.

Dal Hee sedar dengan berupaya mengubati pesakit-pesakitnya, membuatkan hari-harinya lebih indah untuk diharungi malah membuatkan dirinya lebih rajin bekerja, akan tetapi segala-galanya berubah apabila dia jatuh pengsan suatu hari di tempat kerjanya semasa saat-saat genting sedang melakukan pembedahan.

Adakah Dal Hee berupaya untuk mengharungi segala kesakitannya demi sebuah impian? Ingin tahu kesudahan drama bersiri menyentuh hati ini? Jadi jangan lupa temujanji anda setiap Isnin hingga Jumaat bermula 23 Julai 2008 setiap 8 malam, hanya di 8TV yang juga boleh ditonton di saluran alternatif, saluran Astro 708.

Aug
2

Kontroversi bikini

adminHiburan

Marshanda tak takut peminat lari…

marshanda.jpgSetelah heboh Nia Ramadhani pakai bikini, kini giliran pelakon sinetron Soleha, Marshanda pula. Foto-foto pelakon cantik ini muncul di internet dengan memakai bikini.

Malah, Marshanda mengakui bahawa foto-foto yang tersebar di internet adalah dirinya sendiri. Dia juga merasa hal itu tidak perlu dijadikan isu besar.

“Saya ‘kan berbikini di pantai.” kata Marshanda, yang mengaku tidak tahu siapa yang mengambil gambar tersebut.

Bagaimanapun, dia juga mengaku tidak bimbang terhadap reaksi para penggemarnya yang kemungkinan besar akan berubah. Menurutnya, dirinya adalah Marshanda bukan berkeperibadian seorang gadis seperti yang dia dilakonkan di sinetron-sinetronnya. Ketika ini, dia sedang sibuk dengan penggambaran sinetron HINGGA AKHIR WAKTU dan masih memegang watak sebagai gadis baik-baik dan soleha.

Kenali Marshanda
Andriani Marshanda atau lebih mesra dengan sapaan “Caca” mahupun “Chacha” ini, meskipun masih muda tetapi memiliki bakat yang tidak terbatas. Tidak sekadar hebat di pentas lakonan, malah sebagai penyanyi, pengacara dan bintang iklan.
Anak sulung dari tiga bersaudara pasangan Irwan Yusuf dan Riyanti Sofyan ini lahir di Jakarta, Indonesia, 10 Agustus 1989. Marshanda mula bertapak dalam bidang seni sejak di bangku sekolah rendah lagi. Tetapi ketika itu, dia hanya aktif di dunia iklan.
Bagaimanapun, ia berlaku tanpa disengajakan. Kebetulan, ketika itu Marshanda menemani ibu saudaranya seorang model terkenal, Chintya Rustam (bekas model iklan sabun Lux) datang ke biro iklan Citra Lintas. Sampai di sana, Marshanda diminta untuk turut serta dalam casting tersebut. Sesi casting yang dilakukan pada tahun 1997 itu telah memilih Marshanda untuk membintangi iklan Bank Danamon. Sejak itu, dia mula dibanjiri tawaran iklan televisyen mahu pun media cetak. Antaranya, Filma, Cadbury Eclairs, Supermi Ayam Bawang, Es Mony, Tango Wafer, Chicken Nuggets, Carvil Millenium, dan Susu Bendera.

Penyanyi berbintang Leo yang menjadikan Christina Aguilera, Britney Spears dan M2M sebagai idolanya, sejak kecil lagi gemar menyanyi di samping mengikuti latihan vokal di Paranadjaja dan kursus balet. Namun, dia masih belum yakin dengan kemampuannya untuk menyanyi secara serius, sehingga dia terkadang masih malu untuk menyanyi di depan orang ramai.

mshan.jpgWanita berjaya
Meskipun hidup dalam dunia penuh glamour tetapi si cantik manis ini mempunyai visi dan misinya sendiri. Baginya glamour dan populariti hanya bersifat sementara, jadi dia perlu bersedia dari sekarang.

“Memang saya akui, sekarang pelbagai tawaran berlakon, tawaran iklan dan menyanyi sangat banyak. Tapi saya mahu buat persediaan untuk masa depan. Saya ingin menjadi seorang wanita yang berjaya dalam kariernya. Tidak hanya dalam bidang seni, malah bidang professional yang lain.

“Saya suka tengok wanita-wanita di luar sana mempunyai kerjaya yang hebat. Membina nama dan kesenangan dari kejayaannya dalam kerjaya. Itulah motivasi saya dan saya ingin merealisasikan setiap impian saya selama ini. Rasa akan rasa puas bila dapat mencapainya, sebab itu saya mahu bersedia dari sekarang.

“Tetapi saya tak bermaksud bidang seni tidak menjanjikan kejayaan di masa depan, tetapi mungkin saya mempunyai terlalu banyak impian dan cita-cita. Jadi saya mahu meraih kejayaan dalam semua segi. Bagi saya setiap orang ada impian, malah lebih dari satu. Begitu juga dengan saya, tapi saya akan lakukan secara berperingkat-peringkat,” katanya, matang dan tegas.

couple.jpgGosip

Sudah menjadi lumrah dunia artis, diburu gosip bukan perkara baru. Apatah lagi melibatkan artis wanita secantik dan semuda Marshanda. Namun, gadis berperwatakan ceria ini tidak mudah melatah apabila terbaca atau diajukan soalan-soalan yang berbau peribadi, khususnya tentang percintaan.

“Saya harus sedar, saya seorang public figure. Jadi setiap langkah saya menjadi perhatian umum. Pun, tak dinafikan ada ketikanya saya lemas apabila pihak media lebih suka mengajukan soalan-soalan yang bersifat peribadi dari soal kerjaya saya sebagai artis. Tapi apa boleh buat, saya tak boleh nak halang dan elak dari menghadapi semua itu. Mana-mana artis pun menghadapi hal yang sama, mungkin cara saja yang berbeza.

“Saya akan berikan kerjasama jika soalan yang diajukan tak keterlaluan atau melibatkan hati banyak pihak. Tapi kalau lebih-lebih sangat, saya minta maaflah. Bagi saya artis juga mengharapkan untuk mempunyai ruang peribadinya sendiri. Bukan semua perkara harus dikongsikan, ada yang ingin disimpan sendiri. Jadi faham-faham sajalah.

“Apa pun, setakat ini saya tak ada sebarang masalah dengan mana-mana pihak media. Tapi terus terang saya katakana, saya lebih senang bercakap tentang kerjaya berbanding hal peribadi. Saya kira artis lain juga begitu, kan!” jelas bekas kekasih Baim Wong (sebagai Ervan dalam sinetron Soleha, yang disiarkan menerusi TV9) ini.

Info Marshanda
Sinetron: Bidadari 1&2, Keluargaku Mata Hatiku, Kisah Sedih di Hari Minggu, Kisah Kasih Di Sekolah 1 & 2, Adam dan Hawa, Manis dan Sayang, Putri Yang Terbuang, Soleha Benci Bilang Cinta, Maha Kasih serta Maha Cinta
Filem: Pendidikan Bahasa Inggris, Petualangan 100 Jam
Album kompilasi: Allah yang Kucintai, Best Of Female Idol, Broken Heart, Broken Heart Vol. 002, Now and Forever, Dua Belas Lagu Islami Terbaik, Bidadari (album solo), Marshanda
Pencapaian: Pada hari Pendidikan Nasional 2 Mei 2004, Marshanda dianugerahkan penghargaan The Most Brilliant Person pada Asian Award 2004. Penghargaan ini diberikan kepada Marshanda kerana selain aktif di dunia seni lakonan, dia juga dianggap berprestasi di sekolah. Ini terbukti dengan kejayaannya lulus SLTP dengan pencapaian yang cukup memuaskan.

Aug
1

Panduan hidup

adminGaya Hidup

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita.Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH

Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan
duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK

Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berfikir bahawa orang tua yang baik adalah orang
tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ….

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anak pun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL

Jangan dimakan, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

Jul
31

ALAM’S STORY

adminHiburan

alam2.jpg

Jatuh bangun dan suka duka penari terbaik kegemaran Malaysia…

Drama bersiri urban terbaru khas untuk anda, para penonton setia 8TV. Memulakan siarannya pada 3 Ogos ini, jangan lupa temujanji anda untuk menyaksikan perjalanan kisah hidup penari kegemaran Malaysia dalam, Alam’s Story!

Drama ini bakal mengisarkan mengenai jatuh bangun, cabaran demi cabaran dan halangan demi halangan yang telah ditempuhi oleh Alam semasa perjalanannya dalam menjadikannya penari terbaik kegemaran Malaysia.

Alam’s Story mengisarkan mengenai perjalanan hidup Muhammad Haslam (Alam), yang datangnya nun jauh dari Muar ke Kuala Lumpur dengan motosikal kapcainya, hanya untuk menghadiri sesi ujibakat So You Think You Can Dance (musim pertama) dalam menjadikan impiannya untuk bergelar penari terbaik kegemaran Malaysia.

Dianya yang tidak mengetahui bahawa ramai penari-penari berbakat Malaysia yang turut sama menghadiri sesi ujibakat itu dalam menggapai impian masing-masing, malah tidak juga mengetahui mengenai tawaran lumayan yang bakal diberikan kepada pemenang, RM 50,000!

Walau bagaimanapun, dalam mengetahui begitu banyaknya penari berbakat yang turut sama menyertai sesi ujibakat itu, ini tidak sama sekali melemahkan semangat kentalnya dalam mengharungi segala impian dan cita-cita dan dalam masa yang sama mencabar diri sendiri untuk berlatih dengan bersungguh-sungguh lagi. Mengharungi pelbagai halangan dan dugaan, dan mempelajari rentak tari yang baru serta tugasan-tugasan sukar setiap minggu, bagaimanakah Alam mengharungi semua ini?

{Baca Selanjutnya:}

Jul
31

GHOST WHISPERER MUSIM KE-3

adminHiburan

 

ghostwhisp.jpg

Melinda Gordon kembali dengan aksi-aksi seram….

“Ghost Whisperer” yang seksi dan mengagumkan kembali untuk musim ke-3 di bermula pada 22 Julai 2008 pada pukul 10.30 malam!

Musim ke-3 ini Melinda Gordon menjanjikan pengembaraan yang menggembirakan dan manakutkan.

Ghost Whisperer (Musim Ke-3) bermula dengan Melinda Gordon membantu roh yang tersesat menemui kembali jalan ke “dunia mereka”.

Melinda Gordon mencari jalan untuk mengetahui hal sebenar tentang bapanya dan tuduhannya selepas dia berpengalaman untuk hampir masuk ke alam kematian ketika dia bercakap dengan bapanya.

Tambahan pula, salah satu episod dalam musim ini adalah menonjolkan salah satu dari bahagian penting dalam “Urban Legend Of Bloody Mary”.

“Ghost Whisperer” adalah sebuah drama fantasi seram televisyen Amerika arahan John Gray. Ianya dibintangi oleh Jennifer Love Hewitt, David Conrad, Camryn Manheim, dan Jay Mohr. Dahulunya Aisha Tyler juga adalah sebahagian daripada barisan pelakon siri ini.

Tajuk rancangan ini merujuk kepada watak utama, Jeniffer Love Hewitt yang membawa kejelitaannya kepada watak Melinda Gordon yang tinggal di dalam bandar rekaan oleh “Grandview” dengan suaminya, Jim yang dilakonkan oleh David Conrad juga mempunyai kelebihan melihat dan berkomunikasi dengan orang yang sudah mati dan hantu itu bercakap dengan mereka kerana itu dipanggil dengan orang yang boleh bercakap dengan hantu.

Setiap episod menyaksikan Melinda Gordon berurusan dengan hantu-hantu dengan menyampaikan mesej atau membantu mereka menyelesaikan urusan mereka ketika mereka masih hidup dan membenarkan mereka merintanginya melalui cahaya, ianya adalah kiasan untuk menunjukkan ianya datang dari syurga.

{Baca Selanjutnya:}

Jul
30

‘Cinta’ Aishawarya-Hritrik tiada ciuman

adminHiburan

jodhaa2.jpgSelepas filem pertama mereka berdua, Dhoom 2 membangkitkan kontroversi apabila babak bercium antara Aish dan Hrithik menimbulkan kemarahan tunang Aish ketika itu (kini suaminya, Abhishek Bachchan). Akibatnya babak ‘hangat’ itu menjadi bualan paling sensasi dalam industri dan kerjaya lakonan Aish.

Kemudiannya, muncul desas-desus yang mengatakan Aish sudah mengambil keputusan untuk tidak melakonkan babak cium dalam filem dan juga sepanjang kerjayana.

Khabarnya juga hal itu ada termaktub dalam perjanjian apabila babaknya tidak akan ada aksi adegan ciuman sebelum dia bersetuju berlakon dalam filem Jodhaa Akbar. Selepas digandingkan dalam filem hebat, Dhomm2, dua nama besar Bollywood ini sekali lagi digandingkan dalam filem Jodhaa Akbar.

Menerusi filem ini, Aish dan Hrithik bergandingan sebagai pasangan suami isteri yang menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam usaha untuk menyatukan hati mereka. Ramai yang meramalkan filem ini sebagai filem pembukaan terhebat 2008.

Jul
29

Pelakon remaja terlebih gedik

adminHiburan

Muka pelakon remaja ni boleh tahanlah, walaupun bakat yang ada cuma suam-suam kuku tapi berangan nak jadi ‘diva’!

Baru-baru ni, ada make-up artis ngadu pada Miss tentang perangai si pelakon remaja ni…kononnya dia tak tahan dan menyampah dengan gelagat si pelakon yang terlebih gedik, terutama sekali depan pengarah.

Dalam satu produksi drama baru-baru, si pelakon ni tak sudah-sudah meleser dengan pengarah drama tu. Bukan setakat meleser, tergedik-gedik macam lintah kena bakar sampai krew-krew dan pelakon lain di lokasi penggambaran drama bersiri tu naik meluat.

Tapi si pelakon remaja ni, buat muka bodoh aja bila kena sindir dek pelakon-pelakon senior yang turut berlakon babak yang sama dengan pelakon remaja ni.

Entahlah, Miss pun tak fahamlah. Nak komen lebih-lebih pun tak boleh, sebab Miss tak tengok sendiri macam mana gaya di pelakon remaja tu menggedik dan meleser. Tapi kalau sahihlah bagai dikata, nasihat Miss cuma satu…bakat, usaha dan percaya diri tiket yang paling besar untuk jadi pelakon hebat. Jadi tak perlulah nak gunakan taktik tak senonoh macam tu, buat orang menyampah aja!

Miss Propa: Suka tengok lakonan Sharifah Amani (Nani) dalam Sinderela

Jul
28

Fasha harus muhasabah diri

adminHiburan

fasha1.jpgHuh…panas…panaz…!!! Memang panas sungguh suasana yang melanda pelakon ‘terpopular’, Fasha Sandha.

Wah, sana sini Miss dengar rakan media dok merunggut tak puas hati dan benggang gila kat Fasha ni. Tentu Fasha tension sebab dilanda masalah tak best ni, kan. Sebenarnya, Miss sudah lama dengar rungutan pihak media tentang pelakon cantik ni.

Macam-macam rungutan yang Miss terima, dan rata-ratanya mengatakan Fasha semakin besar kepala dan kurang menjaga ‘budi bahasa’ bila berdepan dengan pihak media. Malah bukan pada wartawan saja, jurugambar juga pernah ‘dihembus’ oleh pelakon manja ni.

Jurugambar Glamstarz.com, pernah dimarahi oleh Fasha hanya kerana memintanya untuk meletakkan sebenar beg tangan yang dipegangnya ketika itu.

“Masa tu ada pra tonton filem baru di Mid Valley, selesai pra tonton tu macam biasa kami (jurugambar) sibuklah cari artis yang hadir untuk diambil gambarnya, termasuklah Fasha.

“Lepas beberapa shoot, saya minta dia letakkan sekejap beg tangannya. Saya cuma nak angle yang menarik dan pose yang sesuai saja, bukan bermaksud beg tangannya ketika itu tak cantik atau tak nampak mahal.

“Malangnya saya disembur dengan kata-kata yang kasar dan airmuka tak puas hati, begini bunyinya…“Ini beg saya, saya nak pegang!” Masa tu, ramai yang ada dan dengar apa dia cakap…saya terkejut betul, Miss. Tak sangka, nampak sopan tak ada adap!” begitulah rungutan jurugambar Miss.

cinta3.jpgEmmm…Miss pun panas hati juga mendengarnya. Maklumlah, selama jadi wartawan kami cukup menjaga hubungan baik dengan artis. Kalau tak betul kami tegur, kalau bagus kami puji. Tak ada agenda jahat atau tersembunyi, sebab kami cuma menjalankan tugas dan amanah yang diberi.

Mungkin Fasha rasa dia sudah glamour dan popular, jadi dia tak perlukan sokongan dari pihak media. Sebab itu dia berani bersikap demikian. Miss dengar berbelas orang wartawan yang sudah marah, bengang dan makan hati dengan Fasha.

Pada Miss, kalau Fasha bersikap sambil lewa dalam hal ini…rasanya masalah ini akan berlarutan. Secara peribadi, Miss melihat situasi ini sebagai suatu yang tak sihat untuk industri. Memang tak sihat, bila artis atau selebriti bersikap dingin atau kurang sopan terhadap pihak media. Buat Fasha renung-renungkan nasihat kami (pihak media), jangan tunggu sampai nasi bertukar jadi bubur sudah lah!!!

Miss Propa: Budi bahasa, budaya kita!

Jul
27

Yuni Shara pakai susuk?

adminHiburan

yn.jpgMungil, cantik, keletah, lucu dan nakal persis adiknya, penyanyi tersohor Kris Dayanti (KD). Lalu apa perbezaan antara Yuni Shara dan KD? Bezanya cuma satu, Kris Dayanti bukan saja dikenali di Indonesia malah juga tersohor di Malaysia, sedangkan nama Yuni atau nama asalnya Wahyu Setyaning Budi (35), masih agak ‘asing’ di bumi Malaysia. Lagu Mengapa Tiada Maaf (1995) nyanyiannya yang popular di negara ini, belum cukup untuk membuka ruang lebih lebar kepadanya.

Cemburu? Tidak! Tidak ada perkata cemburu di hatinya terhadap kejayaan KD mencipta namanya di hati peminat di negara ini. Baginya, setiap orang ada rezeki masing-masing tidak kira cepat atau lambat, yang penting diberikan Tuhan jalan itu.

“Saya dan Yanti (KD) saling menyokong kerjaya dan kejayaan seni masing-masing. Tak ada kata cemburu atau hasad dengki di hati kami. Kami bukan saja berkongsi ibubapa yang sama, keluar dari perut yang sama, bahkan mencintai minat yang sama. Saya merasa senang dan bangga kerana adik saya bukan saja dikenali di tanahair sendiri, malah di sini (Malaysia).

“Kami saling membantu, mengisi kekurangan dan kelebihan masing-masing. Saling melengkapi, kerana kami ‘darah dan daging’. Jadi kenapa saya mesti cemburu pada Yanti, andakah anda cemburu bila melihat adik anda berjaya?”jelas Yuni, yang cukup petah dan ramah. Sesekali berjenaka dan mengusik tanpa rasa kekok.

Ditanya, apa petua yang diamalkan hingga dia kelihatan segar dan awet muda meskipun usianya kian bertambah. Mungkinkah Yuni pakai susuk atau menggunakan suntikan botox?

“Syukur, Allah SWT., mengurniakan pada saya seraut wajah yang sempurna. Lalu sebagai menghargai kurniaanNya, saya menjaganya dengan baik. Menjaga pemakanan dan yang penting hasil mesti bersih. Jauhkan diri dari hasad dengki, menyakiti hati orang dan paling penting harus bersyukur dengan setiap pemberianNya.

“Kita juga mesti sedar, apa yang diberikan Tuhan hanya sementara dan boleh diambil bila-bila masa saja. Jadi jangan bersikap angkuh, sombong dan merasa diri kita terlalu bagus. Kalau kita rasa kita cantik, ada dan akan muncul yang lebih cantik lagi. Kalau kita rasa kita bagus, tentu ada yang lebih bagus lagi. Jadi bersederhanalah dalam menjalani kehidupan, insya Allah hati kita akan selalu diulit ketenangan,” kata penyanyi kelahiran Malang, ini.