Langgan Berita Artis (Best viewed-'MOZILLA FIREFOX')
Dapatkan berita artis terkini terus ke emel anda. Sila daftar di sini (percuma).
Name
E-mail
Nov
22

Selebriti & Chocolate cake Championship

adminHiburan

erra1.jpg

4-2.jpg

 

KECOH jadinya apabila nama-nama besar industri hiburan tanah air seperti Erra Fazira dan suaminya, Engku Emran, Ning Baizura, Fauziah Latiff, Fazura, Noryn Aziz, Vanida Imran dan Rashidi Ishak, Eja, Fahrin, Amber Chia, Nora Dansih, Jehan Miskin, Liyana Jasmay, Diana Danielle,Khai dan Rosma, Toni Eusoff saling bersaing antara satu sama lain, untuk menarik perhatian para pelanggan supaya membeli kek coklat mereka.

Setiap selebriti mengatur strategi masing-masing untuk menarik pelanggan agar singgah di gerai kek mereka sekaligus membawa pulang sama ada sepotong kek yang berharga RM15 ataupun sebiji kek berharga RM350

 

d3.jpg

Jualannya paling laku dalam masa yang singkat adalah Erra Fazira dan suami, yang mewakili Equatorial Hotel. Kek mereka habis dijual dengan hanya meletakkan ’syarat’ iaitu mana-mana peminat yang ingin mengambil gambar bersama mereka perlulah membeli kek yang dijual dan hasil strategi pasangan ini 5 biji kek berjaya dijual.

 

3-2.jpg

Turut berkongsi strategi yang sama, Fahrin Ahmad dan Eja yang ‘berpasangan’menjual kek dihasilkan oleh Chef Mohd Irwan dari Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur.

 

fahrin-eja.jpg

lyana2.jpg

khai.jpg

nora.jpg

 

Lain pula halnya dengan, 3 gadis manis terdiri dari Liyana Jasmay, Diana Danielle dan Juliana Evans, yang sepakat untuk menyanyi sambil bertepuk tangan semata-mata ingin menarik pelanggan.

noryn-puspa.jpg

ning.jpg

 

marsha.jpg

Sunway Hotel telah dipilih juri sebagai juara untuk kategori Kek Coklat Paling Kreatif, tempat kedua dimenangi Hotel Legend dan Berjaya Times Square Hotel di tempat ketiga. Manakala Untuk juara keseluruhan iaitu Kek Coklat Terbaik, Hotel Berjaya Times Square memenangi tempat pertama, Renaissance Hotel di tempat kedua dan Mandarin Hotel pula, memenangi tempat ketiga. Acara ini disertai 14 buah hotel bertaraf 5 bintang.

 

Add A Comment