Langgan Berita Artis (Best viewed-'MOZILLA FIREFOX')
Dapatkan berita artis terkini terus ke emel anda. Sila daftar di sini (percuma).
Name
E-mail
May
7

Amitabh Bachchan demam blog

adminHiburan

Amitabh Bachchan, kini menjangkau para penggemarnya di layar cyber dengan melancarkan blog mengenai kehidupannya. Tindakan itu telah mengundang pelbagai reaksi dari seluruh dunia.

Big B, menggunakan laman blogs.bigadda.com, untuk meluahkan buah fikirannya, membahas filem-filem akan datang dan menjawab pertanyaan para penggemarnya. Kata “Adda” dalam bahasa Hindi bererti ‘pertemuan besar para sahabat’.

amitabh-bachchan_26.jpg“Manfaat blog ini adalah saya dapat menyatakan pandangan saya secara bebas dan tak ada batasan terhadapnya,” kata legenda filem berusia 65 tahun itu, senang hati.

Dia melancarkan blog peribadinya itu pertengahan April lalu, mengikuti langkah para bintang Bollywood lainnya, seperti Aamir Khan yang juga menggunakan Internet untuk saling bertukar fikiran.

Menurut Big B, dia tidak begitu faham tentang penggunaan Internet, namun sahabat-sahabatnya selalu memujuk dan memberi semangat untuk dia menulis di laman cyber itu.

“Internet memberikan saya kesempatan berinteraksi dengan para penggemar saya secara peribadi,” kata bintang tersohor ini, yang mana telah berlakon lebih dari 100 buah filem.

Blog itu juga digunakan untuk membantunya menepis gosip “yang selalu menerpa dirinya.” Laman ini menjadi popular dalam sekelip mata dan dia sering dihujani pesanan dari para penggemar dari mana-mana, bahkan dari negara yang jauh seperti Amerika Syarikat, Australia, dan Kanada. Kiranya Big B sedang dilanda demam blog ketika ini.

GLAMSTARZ!: Sekarang, cukup ramai yang berminat jadi blogger. Pak menteri pun demam blog juga!

Add A Comment