15
Tyra Banks kini kembali menemui anda untuk musim ke-8 America’s Next Top Model! Bermula 2 April 2009 jam 10.30 malam, penonton dapat meNyaksikan musim terbaru program kegemaran ramai ini secara PERCUMA hanya di 8TV!
“Musim ke-8 ini kembali dengan wajah-wajah baru yang pastinya lebih mencabar. America’s Next Top Model ini berjaya mengumpul pengikut yang ramai dan merupakan salah satu program popular di Hollywood!” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi.
Pertandingan untuk mencari model terbaik akan menyaksikan 13 orang finalis bertanding untuk merebut gelaran juara dan sekaligus memenangi kontrak dengan jenama kosmetik terkenal Maybeline bernilai $100, 000!
Tampil dengan tema “Welcome to the jungle, kesemua peserta perlu memberikan persembahan terbaik sebelum berhadapan dengan juri-juri antaranya Tyra Banks, Twiggy, Nigel Barker, J.Alexander (Miss J) dan beberapa juri jemputan.
Selain memenangi kontrak bernilai $100, 000 dengan barangan kosmetik Maybeline, pemenang juga berpeluang untuk menjadi gadis muka depan bagi majalah Seventeen. Mereka juga akan memulakan kerjaya mereka bersama agensi model terkemuka iaitu Elite Model Management.
Seramai 33 orang peserta akan dihantar ke Los Angeles dan mereka akan diuji oleh Jay Manuel dan J.Alexander (Miss J) dalam beberapa sesi fotografi dan ujian berkenaan dengan fesyen.
Mereka kemudiannya akan dibawa berjumpa dengan Tyra untuk sesi temuduga. Beberapa peserta yang berjaya menarik perhatian ialah Micheline – seorang gadis yang memiliki lebih 20 tatoo di badannya dan Natasha – seorang gadis 18 tahun yang berkahwin dengan lelaki yang berusia 40-an .
13 finalis yang bakal beraksi ialah Brittany (21), Cassandra (24), Diana (21), Dionne (20), Felicia (19), Jael (22), Jaslene (20), Kathleen (20), Natasha (21), Renee (20), Samantha (19), Sarah (20) and Whitney (21).
Rata-rata peserta America’s Next Top Model musim ke - 8 merupakan pelajar kolej berumur 19 – 24 tahun yang berasal dari The Golden State.
Jangan lupa untuk menyaksikan musim ke-8 America’s next Top Model secara PERCUMA bermula 2 April 2009 jam 10.30 malam hanya di 8TV. Anda juga dapat menonton 8TV melalui saluran 708 Astro anda!
admin
Add comment
W
Drama yang penuh dengan aksi dan suspens ini telah berjaya menarik perhatian peminat semua selama tiga musim dan kini Prison Break kembali menghantui anda dalam musim terbaru yang pastinya lebih mendebarkan. Prison Break akan memulakan siaran pada 19 Januari 2009 ini jam 10.30 malam hanya di 8TV!
Gelaran ikon Gadis Melayu menjadi milik Khairul Noormaidah Zali atau mesra dengan sapaan Aida , yang telah berjaya meraih perhatian pihak juri profesional dan penonton menerusi persembahan ‘dramatik’ yang dipamerkannya pada peringkat akhir program realiti terbitan TV9 itu di Auditorium MBSA, malam tadi.
Dengan kemenangan tersebut, Aida membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 serta produk-produk kecantikan dan kesihatan, sementara empat finalis lagi menerima hadiah saguhati berjumlah RM1,000 tunai setiap seorang.

Na Yeong membesarkan anak perempuannya itu seorang diri kerana tidak dapat mengenal pasti siapakah bapa kandung sebenar bayi perempuannya itu. Na Yeong juga terpaksa bekerja keras untuk membayar hutang-hutang suaminya. Tanpa pendapatan yang tetap beliau akhirnya kehilangan tempat tinggal.